Kehidupan dan kerjaya Xian Lim

Xian Lim mengadakan persembahan di Toronto, Kanada pada 2014.

Selepas tamat belajar di sekolah tinggi di Daly City, California, beliau pulang ke Filipina untuk belajar kolej sebagai siswazah varsiti bola keranjang di University of the East di Manila.[2] Sebelum mendapatkan ijazah, beliau terlibat dalam bidang pemodelan dan akhirnya, lakonan.

Lim memegang watak kecil sebelum diberikan watak utama dalam Katorse pada 2009.[3] Pada 2010, beliau berlakon dalam drama Rubi sebagai Luis Navarro. Kemudian, beliau menjadi pelakon undangan dalam telenovela 100 Days to Heaven sebagai Jojo Villanueva,[4] beliau merupakan juri jemputan rancangan Showtime dan mempunyai kemunculan khas 1 episod dalam rancangan Midnight DJ, Maalaala Mo Kaya, Wansapanataym dan Your Song Presents: Andi.

Pada 2011, selepas kemunculan khas dalam Minsan Lang Kita Iibigin memegang watak Joaquin del Tierro muda,[5] beliau diberikan kepercayaan memegang watak utama dalam My Binondo Girl dibintangi oleh Kim Chiu. Drama televisyen romantik merupakan satu kejayaan, memperoleh penarafan TV sebanyaj 28.2% disediakan oleh Kantar Media/TNS.

Pada awal 2012, Lim mengikat kontrak tiga filem bersama Star Cinema [6] dan berlakon dalam filem, My Cactus Heart.[7] Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam filem berorientasikan keremajaan bersama Enchong Dee, Enrique Gil dan Kean Cipriano, bertajuk The Reunion.[8] Beliau juga kembali ke segmen waktu perdana menerusi teleserye Ina, Kapatid, Anak bersama Kim Chiu, Maja Salvador dan Enchong Dee. Lim melancarkan album pertamanya So It's You yang diterbitkan oleh Star Records yang menerima pensijilan emas.[9][10]

Pada tahun 2013, filem Bakit Hindi Ka Crush Ng Crush Mo? lakonannya bersama pasangan pelakonnya, Kim Chiu memperoleh Php 10.5M pada hari pertama tayangan filem ini, dengan melepasi kutipan pecah panggung P100-juta pada tahun 2013 dalam tempoh tiga minggu. Dari jualan kutipan pecah panggung cemerlang, pasangan yang memperolehi nama samaran sebagai royalti blockbuster terbaru generasi mereka.

Pada 2014, filem keduanya bersama Kim Chiu bertajuk Bride for Rent mencapai kutipan Php 21.2M pada hari pertama dan Php 100M dalam masa 4 hari. Filem berkenaan, akhirnya mencapai Php 326,958,423 semasa tayangannya di pawagam yang menilai gangdingan KimXi di layar lebar.

Rujukan

WikiPedia: Xian Lim http://push.abs-cbn.com/albums/124/xian-lim-birthd... http://push.abs-cbn.com/features/4351/xian-lim-sig... http://push.abs-cbn.com/features/4367/enchong-dee-... http://push.abs-cbn.com/features/8258/kim-chiu-and... http://www.abs-cbnnews.com/entertainment/06/26/13/... http://www.abs-cbnnews.com/entertainment/09/25/12/... http://www.amazon.com/Ina-Kapatid-Anak-Official-So... http://www.amazon.com/My-Cactus-Heart-Maja-Salvado... http://www.femalenetwork.com/celebrities/kim-chiu-... http://www.freemali.com/